Assalamualaikum..

Sempena bulan promo Coq Health Plus BELI 6 PERCUMA 1, Jom saya kongsikan sedikit info tentang COQ Health ni dengan anda semua..

Apa itu CoQ Health Plus??
-Mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 Dengan Vit E dan ekstrak Teh Hijau yang didatangkan di dalam kapsul bioketersediaan dengan sistem penyampaian minyak kacang soya bagi memastikan penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik.

CoQ10 dapat BANTU:
– menyokong penghasilam tenaga bagi jantung
– menggalakkan dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
– Meningkatkan peredaran darah
– Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah

PERBEZAAN SHAKLEE:
1) Untuk mendapatkan jumlah yang setara dengan 28mg CoQ10 di dalam CoQ health Plus, anda perlukan hampir 1.7kg ayam atau 28 cawan brokoli.
 2) Kombinasi CoQ10 dan vitamin E di percayai untuk mengukuhkan keupayaan antioksidan yang terdapat di dalam vitamin E kerana Coq 10 bantu mengitar dan menjana semual vitamin E, untuk memberikan perlindungan antioksidan berterusan terhadap sel-sel tubuh
3) Ekstrak Teh Hijau mengandungi procyanidins yang telah ditemui dapat membantu menyokong kesihatan endhthelium (lapisan tisu antara kapilari darah dan jantung)
4) CoQ10 berasal daripada sumber semulajado melalui kaedah penapaian yis. Bahan mentahnya merupakan satu-satunya CoQ10 semula jadi daripada yis yang ditapai yang terdapat pada masa kini, yang sumbernya telah diuji dan diyakini ramai secara meluas mempunyai kualiti yang tinggi dalam sumber bioketersediaan CoQ10-nya.
5) Tanpa Gluten.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil supplemen CoQ Health Shaklee, boleh membantu mencegah dan merawat penyakit berikut :
Serangan Penyakit Jantung
Satu kajian klinikal mendapati bahawa orang yang mengambil suplemen CoQ10 setiap hari dalam tempoh 3 hari selepas serangan penyakit jantung adalah kurang berisiko untuk mempunyai serangan jantung berikutnya.

1) Kegagalan Jantung
Terdapat bukti bahawa CoQ10 boleh membantu merawat kegagalan jantung apabila digabungkan dengan ubat-ubatan konvensional. Orang yang mempunyai kegagalan jantung kongestif, di mana jantung tidak dapat mengepam darah serta ia harus juga mungkin mempunyai tahap rendah CoQ10. Kegagalan jantung boleh menyebabkan darah terkumpul di bahagian-bahagian badan yang lain, seperti paru-paru dan kaki. Ia juga boleh menyebabkan sesak nafas. Beberapa kajian klinikal menunjukkan bahawa suplemen CoQ10 membantu mengurangkan bengkak di kaki , mengurangkan cecair di dalam paru-paru, menjadikan pernafasan lebih mudah dan meningkatkan kapasiti untuk pesakit jantung melakukan senaman.

2) Tekanan Darah Tinggi
Beberapa kajian klinikal yang melibatkan jumlah beberapa individu di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa CoQ10 boleh mengurangkan tekanan darah. Walau bagaimanapun, ia mungkin mengambil masa 4 – 12 minggu untuk melihat apa-apa perubahan . Dalam satu analisis, selepas membuat 12 kajian klinikal, penyelidik membuat kesimpulan bahawa CoQ10 berpotensi untuk menurunkan tekanan darah sistolik sehingga 17 mm Hg dan tekanan darah diastolik sebanyak 10 mm Hg, tanpa kesan sampingan yang ketara.

3)Kolesterol Tinggi
Individu yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi yang mengambil CoQ10 juga menurut kajian akan dapat menurunkan kolestrol ke tahap lebih rendah. CoQ10 telah diperakui sebagai rawatan alternatif untuk mereka yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Mengambil supplemen CoQ10 secara konsisten juga boleh mengembalikan paras normal kolestrol.

4)Diabetes Atau Kencing Manis
Pengambilan CoQ10 boleh meningkatkan kesihatan jantung dan menurukan paras gula dalam darah dan sekaligus membantu menguruskan tekanan darah tinggi di kalangan pesakit diabetes. Dua kajian mendapati bahawa, dos sebanyak 100 mg CoQ10 dan diambil dua kali sehari akan memberi kesan diabetes bertambah baik dan saranan untuk langkah jangka panjang kawalan gula dalam darah.

>>>>Kajian klinikal awal juga menunjukkan bahawa CoQ10 boleh:
# Meningkatkan fungsi imun dalam orang dengan HIV atau AIDS
# Meningkatkan kualiti sperma dan meningkatkan kesuburan lelaki
# Digunakan sebagai sebahagian daripada rawatan untuk penyakit Parkinson
# Membantu mencegah migrain
 
>>>>Sumber: University of Maryland Medical Center

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk ini, sila:
PM ke Page : Eizmierah MNB Healthy shop
Whatsapp ke 012.3814786 Suzie

Share:
Written by Suzie Maswar
Assalamualaikum. Hi! saya Suzie Maswar. Seorang Suri rumah dan Pengedar Sah Shaklee sejak tahun 2012. Master Coordinator dalam Shaklee. Founder Group Shaklee JMS since 2012. Certified Product Trainer dan penasihat kesihatan dan kecantikan anda.