Set Bersalin Kurus Cantik Terbaik Shaklee

Assalamualaikum, Hi Semua.

Lama juga tak bersiaran dalam blog ni. Hari ni saya ada sedikit masa untuk update blog, jadi saya nak kongsikan pengalaman saya berpantang tempoh hari. Walaupun dah lama habisnya saat berpantang tu, tapi saya nak lah juga simpan saat berpantang dengan menggunakan set Bersalin Kurus Cantik Terbaik Shaklee ni kan? Boleh Jadi rujukan buat diri sendiri kemudian hari dan mungkin juga kawan-kawan yang sedang mencari Set bersalin untuk kegunaan berpantang nanti. Set bersalin yang betul adalah sangat penting buat ibu-ibu yang bakal bersalin. Kalau silap pilih, dah tentulah moment berpantang kita jadi kurang lancar. Silap hari bulan, ibu-ibu tak dapat rehat yang mencukupi dan saat berpantang akan beri rasa stress pada ibu-ibu. 

Set Bersalin

Ni adalah set berpantang lengkap dari shaklee yang saya guna ketika berpantang tempohari. Bersalin tempohari, saya bersalin secara Ceaser, jadi saya juga ada mengambil vivix ketika berpantang untuk membantu penyembuhan luka ceaser pulih dengan cepat dan bantu juga penyembuhan dari dalam terutamanya. Alhamdulillah, bila tambah vivix dalam waktu berpantang tu, bukan sahaja luka saya jadi sangat cepat kering dan pulih luar dalam, malah anak saya yang mengalami demam kuning juga dapat sihat dengan cepat. Berbeza dengan kelahiran anak yang lain. Kebetulan anak saya yang sulong dan kedua ni mengalami prologn jaundis yang lama kerana mereka berdarah O, jadi fasa demam kuning mereka sangat lama. Tapi berbeza dengan berpantang anak ke empat yang juga jenis darah O, asbab amalkan set bersalin shaklee dan tambahan Vivix serta Alfalfa Complex yang sangat bagus untuk masalah demam kuning anak, Bayi saya hanya ambil masa 2 minggu sahaja untuk sihat dari jaundis sepenuhnya.

Bawah ni antara gambar-gambar menu dan suplimen set Bersalin shaklee yang saya ambil ketika berpantang tempohari.

Set Berpantang shaklee ni memang set yang dah menjadi pilihan ramai ibu-ibu yang bakal bersalin. Setiap vitamin yang ada dalam set ni ada manfaat dan kebaikannya. Untuk makluman semua, set bersalin ni juga sesuai untuk ibu yang nak naikkan semula seri badan selepas bersalin dan kembalikan berat ke berat yang di inginkan. 

Syukur sangat dapat berpantang dengan Set Bersalin shaklee ni. Bukan sahaja badan terasa cepat sihat dan recover. Malah Susu Badan juga lancar dan sangat banyak hingga saya terpaksa pam dan kumpul susu sepanjang berpantang tu.  Pada saya ini adalah pengalaman berpantang yang sangat seronok dan tenang, walaupun saya berpantang tanpa jagaan mak mertua. 

Kalau anda nak dapatkan Set bersalin shaklee ni atau ingin dapatkan maklumat lanjut tentang pembelian dan info set ni, anda boleh lah hubungi saya.

Suzie Maswar

Pengedar sah shaklee Sg Buloh

Share:
Written by Suzie
Hi saya Suzie Maswar. Seorang Suri rumah berkerjaya. Master Coordinator dalam Shaklee. Founder Group Shaklee JMS since 2012. Certified Product Trainer dan pakar kesihatan dan kecantikan anda.