Sambal Tempoyak Ikan Bilis dan Petai

Assalamualaikum semua..

Hari ni saya nak share resepi pula ye..

Resepi yang simple tapi boleh buat kita makan bertambah-tambah.. hihihi.. Sambal Tempoyak Ikan Bilis dan Petai ni memang lauk kegemaran saya, kalau buat pedas-pedas lagi sedap terangkat!. Saya yakin, ramai yang suka dengan menu ni. Sejak musim petai ni, ramai juga sahabat-sahabat di group Masak yang kongsi gambar Menu Sambal Tempoyak ikan bilis ni. Kita yang tengok ni pun tak boleh tahan tau! Apa lagi, cepat-cepat lah cari petai kat kedai.. hihi. Ada ke yang tak tahu cara nak masak Sambal Tempoyak ni? Tak apa, perkara kecik je ni. Jom tengok dan cuba resepi saya  di bawah ni ye.

Bahan-bahan yang di perlukan:

Ikan Bilis (di cuci bersih)
Petai yang telah di kupas dan di belah dua
serai (di ketuk)
Daun Kunyit
Bahan kisar : Tempayak, Cili api (ikut tahap kepedasan yang anda mahu) dan Kunyit hidup
Sedikit air

Cara memasaknya:

Masukkan bahan yang di kisar,daun kunyit dan serai ke dalam periuk/kuali dengan air.
Biar menggelegak supaya bahan blender tadi masak betul ya.
kemudian, boleh masukkan ikan bilis, biar masak sekejap.
Kemudian masukkan garam, gula dan perasa (jika mahu)
Step akhir sekali baru masukkan petai.
Masak dan kacau rata. Jika pekat, boleh tambah air sedikit ya.

Siap untuk di hidang!
Makan dengan nasi panas-panas, memang sedap meletop!

Selamat mencuba resepi simple lagi mudah saya ni ye.

P/s: Bulan ni ada Offer untuk Vitamin C shaklee. Beli 3 Botol Vitamin C, korang boleh dapat DISKAUN 5%. Banyak tu… 🙂 






Sekian dulu ya, Jumpa lagi..
Suzie Maswar
Pengedar Sah Shaklee
012.3814786 (Klik SINI)
COD Area: Sungai Buloh, Shah Alam, Subang Bestari, Subang Perdana, Subang Jaya, Sunway Pyramid, Kota Damansara, Damansara, TTDI, KL

Share:
Written by Suzie
Hi! saya Suzie Maswar. Seorang Suri rumah dan Pengedar Sah Shaklee sejak tahun 2012. Master Coordinator dalam Shaklee. Founder Group Shaklee JMS since 2012. Certified Product Trainer dan penasihat kesihatan dan kecantikan anda.