Assalamualaikum.. selamat petang.

Alhamdulillah, setelah menghilang beberapa hari, hari ni saya dapat juga luangkan masa untuk tajuk ‘best’ ni, DIY pasu dari Tong Vitamin.

Ok lah, mudah je pun nak buat pasu ni.

Apa yang kita perlukan, Tong suplimen dan Garfu je..

Rata2 rakyat malaysia sekarang ni mengambil suplimen untuk jaga kesihatan betul? Jadi, dah tentulah botol-botol dan tong-tong vitamin yang telah habis tu di buang atau disimpan tanpa digunapakai semula kan?

Sekarang ni, saya nak tunjuk tong ESP dan tong Performance Drinks yang telah habis dan saya jadikan pasu untuk tanam pokok2 bahan masakan saya ni. 

Cara ni sangat mudah di urus dan di ubah kedudukan sebab kecil dan ringan.

Tong ESP ni saya gunakan untuk tanam Pokok Kesum.

Caranya, pelekat ESP tu di buang dahulu.
Kemudan, ambil garfu besi dan panas kan di atas api hingga garfu tu panas dan mudah untuk menebuk bahagian bawah tong ESP tu.

Kemudian, tebuk lah dalam 2 ke 4 tebukan dengan menggunakan garfu panas tadi. Untuk tanam kesum  tak perlu tebuk banyak pun tak pe. Sebab penanaman kesum perlukan air yang banyak dan pohon kesum tu perlu terendam dengan air. Baru lah kesum hidup subur dan hijau.

Masuk kan tanah, kemudian ambil kesum yang korang boleh dapat beli dari kedai dan cucuk kan ke dalam tanah tadi. Kemudian, curah air hingga penuh dan biarkan kesum tu terendam dalam tong tu.

Dah siap pun 1 pasu tanaman kesum saya…

Ni pokok daun sup. Saya tanam 3 bulan lalu. Saya beli 2 3 pokok sup dari kedai  daunnya saya guna untuk masakan dan tangkai yang berakar tu sy rendam dulu seharian, kemudian baru saya tanam dalam tong Performance Drinks tu.

Alhamdulillah, pokok sup ni hidup subur dan dah dah ada pohon baru pun..

Ini lah rupa pohon sup saya.
Subur kan?

Ni antara koleksi tanaman masakan yang saya guna kan tong2 suplimen tu.

Pokok Rosemarry tu pun bakal di alih ke tong suplimen ni juga. Kena tunggu tanah baru.

Ni lah pokok Rosemarry tu.

Koleksi tanaman saya.. alhamdulillah..

Anda pun boleh cuba tau DIY pasu ni..

Mudah, murah dan boleh di cantikkan lagi dengan deco kreatif anda sendiri..

Sekian, share biasa2 aje dari saya.

Suzie Eizmierah
Shaklee Independent Distributor
Eizmierah Mumnbabyshop
IG @ vitaminshopsgbuloh

Share:
Written by Suzie
Hi saya Suzie Maswar. Seorang Suri rumah berkerjaya. Master Coordinator dalam Shaklee. Founder Group Shaklee JMS since 2012. Certified Product Trainer dan pakar kesihatan dan kecantikan anda.