Assalamualaikum.

Hi semua, ada yang mood monday blues ke di hari isnin ni? Mudahan semua ceria2 je ye. Semangat yang positif bantu emosi yang juga positif.. ceewahh☺️💪🏻

Ok lah, hari ni saje nak santai2 simpan resepi Pengat Durian saya ni dalam blog ni, mana tahu ada yang sedang cari resepi kan?

Ok jom kita lihat bahan dan caranya.

Memandangkan musim durian tengah meriah sekarang ni, jadi dapatlah saya beli durian dengan banyaknya. Di rumah ni pun memang semua hantu durian. Jadi suami beli 8biji durian untuk makan dan buat pengat durian ni.

Bahan-bahan yang di perlukan:

  •  isi durian (sebiji durian)
  • 1 kotak santan (200ml) saya guna santan kara
  • 2 cawan Air 
  • Gula Melaka
  • Gula
  • Sedikit Garam
  • Daun Pandan

Cara memasak:

  1. Satukan bahan – Santan, Gula, gula melaka, air, daun pandan dan masak atas api sambil kacau supaya tidak pecah santan.
  2. Dah menggelegak, masukkan isi durian dan perasakan dengan garam.
  3. Masak hingga mendidih, tutup api dan sedia untuk di hidang.

Sedap makan dengan roti jala atau makan dengan roti biasa seperti gambar bawah ni pun sedap juga..

Biasanya pengat ni saya akan buat lebih, kalau tak habis boleh lah di simpan untuk makan bila2 masa. Maklum lah, kami anak beranak memang suka pengat durian.

Cuma saya perlu lah kontrol juga. sebab durian ni kalau di ambil berlebihan, boleh mendatangkan masalah kesihatan, antaranya seperti di bawah ni:-

  1. Menyebabkan Kolesterol tinggi, 
  2. Durian menyebabkan Diabetes sebab kandungan glukosa yang tinggi dalam durian boleh meningkatkan kadar gula dalam darah.
  3. Kandungan Kolesterol yang tinggi dalam durian boleh buat degupan jantung terpacu lebih cepat sekiranya di ambil berlebihan

Jangan lupa amalkan pemakanan yang tidak berlebihan dan yang menyihatkan. Untuk halang masalah2 penyakit kronik seperti diatas, Cuba lah ambil Vivix sebagai Suplimen harian.

NAK BELI VITAMIN SHAKLEE?

Suzie Maswar

Pengedar Sah Shaklee

COD Area: Sekitar Sungai Buloh, Selangor

Share:
Written by Suzie
Hi saya Suzie Maswar. Seorang Suri rumah berkerjaya. Master Coordinator dalam Shaklee. Founder Group Shaklee JMS since 2012. Certified Product Trainer dan pakar kesihatan dan kecantikan anda.