Assalamualaikum..

Ape lah kisah si betik ni dgn mak yong ni ye??

Saya ni bukan lah penggemar betik tau.. tapi suka je mkn betik.. lagi2 kalau dapat betik muda.. sure buat cicah dengan sambal kicap.. aduh, enak bangat tuh!!

Jadi, cerita psl si betik ni, sejak mengandung kali ni, tekak mengidam nk makan betik pulak.. rasa macam membuak2 dan meruntun2 jiwa dan tekak ni nak menikmati betik yg manis dan sejuk..

Maka, jadilah buah betik, buah wajib ada dlm peti sejuk umah saya ni.. hihi.. sedap wo.. lagi2 bila dh sejuk tu. Walaupun nyilu nak makan tengah2 sejuk tu, tp ku telan jua..janji lepas ngidam tu.

Meh nak share sikit perihal si buah betik ni. Untuk makluman semua, buah betik muda memang tidak di galakkan makan oleh ibu yang masih di awal kehamilan..

Kenapa?
Sebenarnya buah betik ni buah yang kaya dengan vitamin A, Vitamin C, Kalium, riboflavin, kalsium, tiamin dan zat besi. Namun, di sebabkan buah betik muda ni mengandungi konsentrasi latex atau getah yang tinggi manakala buah betik yang sudah matang dan masak mengandungi hampir sifar latex.

Komponen utama getah atau latex betik ialah papain dan chymopapain yang mengandungi teratogenic ( perkembangan psikologi yang tidak normal) dan kesan abortifacient (penyebab keguguran). Ia menyebabkan peluang berlakunya kontraksi pada rahim di mana papain bertindak sebagai prostaglandin dan oxytocin.

Di sebabkan ini lah ibu2 yang di awal ke hamilan tidak di galakkan untuk memakan betik ni.. di khuatiri akan memudaratkan kandungan itu..

APA PULA KEBAIKAN BETIK YANG SUDAH MASAK BUAT IBU HAMIL?

Betik yang sudah cukup masak kaya dengan vitamin dan nutrisi yang diperlukan ibu mengandung terutamanya dalam melancarkan proses penghadaman. Vitamin C dan Vitamin E dalam buah betik memberikan sumber serat dan asid folic yang baik untuk ibu mengandung. Oleh itu, ibu mengandung digalakkan mengambil buah betik sebagai sumber serat tetapi dalam kuantiti yang sederhana.

haaa.. pe lagi.. beli betik, makan betik.. utk elakan sembelit dan buasir ye..

Sharing is caring..

-Chugie-
Suzie | SID 866440

Share:
Written by Suzie Maswar
Hi! saya Suzie Maswar. Seorang Suri rumah dan Pengedar Sah Shaklee sejak tahun 2012. Master Coordinator dalam Shaklee. Founder Group Shaklee JMS since 2012. Certified Product Trainer dan penasihat kesihatan dan kecantikan anda.